Eksport Proton lepasi angka 10,000 unit

LocalCars
17 Nov 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Eksport Proton lepasi angka 10,000 unit

PETALING JAYA – Proton merekodkan jumlah eksport melebihi 10,000 unit dalam tempoh lebih 10 bulan pertama tahun ini, sekali gus meletakkan syarikat automotif nasional itu pada landasan tepat untuk mencatatkan peningkatan eksport lebih dua kali ganda berbanding 2025.

Pencapaian itu hadir ketika Proton mencatatkan jumlah pengeluaran bulanan tertingginya dalam tempoh 24 tahun apabila sebanyak 23,006 unit kenderaan dihasilkan di kilangnya di Tanjung Malim pada Oktober lalu.

Kejayaan tersebut mencerminkan peningkatan keupayaan pembuatan dan kecekapan operasi syarikat dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat, khususnya susulan pelancaran beberapa model baharu di pasaran domestik dan antarabangsa.

Bagi menghargai pencapaian berkenaan, Proton menganjurkan majlis penghargaan khas pada 12 November lalu yang menghimpunkan warga kerja dan pihak pengurusan bagi mengiktiraf dedikasi, ketekunan serta semangat kerja berpasukan yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, 2026 merupakan tahun yang menyaksikan pelbagai pencapaian penting bagi syarikat, didorong kejayaan pelancaran model-model baharu yang meningkatkan permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa.

“Kami berjaya mencatatkan pertumbuhan ketara dalam jumlah eksport, manakala barisan pengeluaran kami terus berusaha untuk mencapai jumlah pengeluaran yang lebih tinggi setiap bulan.

“Daripada operator pengeluaran dan jurutera kepada pasukan jaminan kualiti, logistik serta fungsi sokongan, setiap kakitangan Proton telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pencapaian ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Eksport Proton lepasi angka 10,000 unit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved