“Ekspresi Wajahnya..” – Penonton K-Drama Akui Bakat Lakonan Yoo Yeonseok Dalam ‘When The Phone Rings’

WorldEntertainment
10 Dec 2024 • 2:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sejak bakat lakonannya diperakui sebagai watak sampingan dalam “Reply 1988”, nama Yoo Yeon-seok kian mekar sebagai pelakon hebat kini.

Terbaru, lelaki tersebut menempa nama dalam kalangan peminat K-Drama global menerusi drama “When The Phone Rings” yang bersiaran menerusi MBC dan Netflix.

Yoo Yeon-seok membuktikan bahawa dia boleh melakonkan watak dingin sebagai Baek Sa-eon, yang merupakan penasihat presiden Korea dan memiliki isteri yang dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Menerusi satu entri di laman komuniti Korea, pengguna berkenaan memuji lakonan Yoo Yeon-seok yang mampu meluahkan pelbagai ekspresi untuk pelbagai situasi. Katanya,

Sudah tentu, penampilannya dalam sut memang hebat. Tak sangka dia berlakon sebegitu baik. Ekspresi wajahnya betul-betul luar biasa. Semua emosi yang rumit dapat dilihat dengan jelas.

Tambah yang lain,

  • Serius, bagus gila.
  • Saya jatuh dengan dia dalam drama ni, suara dia pun sedap.
  • Memang lakonan dia bagus sangat!
  • Setiap kali tengok babak dia, saya tetap kagum.

Korang layan “When The Phone Rings”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.