Ekzos tiruan antara 58,941 barang rampasan dilupus KPDN

29 Sep 2026 • 12:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ekzos tiruan antara 58,941 barang rampasan dilupus KPDN

SEBERANG PERAI – Ekzos kenderaan dan alat ganti tiruan antara 58,941 unit barang rampasan yang dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, dengan nilai keseluruhan RM3.15 juta.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pelupusan itu membabitkan pelbagai barangan termasuk pakaian, beg dan aksesori wanita, alatan jentera, produk makanan serta peranti elektronik berjenama tiruan.

Katanya, barang berkenaan adalah kes rampasan yang telah selesai melalui proses pendakwaan dan pengkompaunan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Jumlah barang dimusnahkan sebanyak 58,941 unit bernilai RM1,862,518.64. Nilai keseluruhan adalah RM3,146,223.50,” katanya pada Program Pelupusan Barang Rampasan KPDN Pulau Pinang di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDN, Bukit Minyak, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah menjalankan 58,805 pemeriksaan premis bermula 1 Januari hingga 29 September lalu, dengan 761 tindakan kes diambil membabitkan nilai rampasan RM4,847,055.33.

“Sebanyak RM591,100 nilai kompaun telah dikeluarkan melibatkan 565 kes, manakala 12 kes pula melibatkan tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda RM94,500,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, KPDN Pulau Pinang turut mempergiat penguatkuasaan berkaitan bekalan dan harga, antipencatutan, ketirisan barang kawalan, barang tiruan, halal, sewa beli, skim antipiramid, jualan langsung dan penipuan dalam talian. – KOSMO! ONLINE

The post Ekzos tiruan antara 58,941 barang rampasan dilupus KPDN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved