
JAKARTA – Fenomena El Nino menyemarakkan lagi kebakaran hutan di Pulau Sumatera, Indonesia sehingga memusnahkan lebih 300 rumah dan memaksa ratusan penduduk berpindah, kata seorang pegawai, ketika negara itu bergelut dengan kebakaran yang memusnahkan dan jerebu, lapor saluran berita The Guardian.
Menurut Ketua Kabupaten Bangka Selatan, Riza Herdavid, dii wilayah Banga Belitung sejak Sabtu lalu, penduduk mula-mula menyedari kebakaran menghampiri kampung mereka dan cuba memadamkannya sendiri menggunakan pam air mudah alih.
“Mereka menganggap ia telah diatasi, namun ia adalah tanah gambut, dan masih ada api yang membara di bawah tanah.
“Jadi, apabila mereka menganggap ia sudah selesai, angin beralih arah dan dengan pantas membawa api menuju ke kawasan perumahan,” katanya.
Agensi bencana tempatan berkata hampir 1,000 orang telah melarikan diri dari kampung tersebut.
Indonesia adalah antara negara yang paling teruk terjejas oleh cuaca panas, kemarau, dan kebakaran semasa tahun-tahun El Nino.
Kerajaan menyatakan bahawa keadaan semasa adalah yang terburuk dalam tempoh sedekad.
Penganalisis menunjukkan bahawa kawasan yang terbakar dan jumlah pelepasan karbon berada pada trek untuk menyamai rekod kebakaran besar pada tahun 2015, yang memusnahkan kawasan seluas 2.6 juta hektar dan menghasilkan 333 megatan karbon.
Pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa kebakaran boleh berterusan sehingga November, apabila El Nino dijangka mencapai kemuncaknya.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, telah mengarahkan untuk menggerakkan usaha maksimum bagi memadamkan kebakaran hutan yang telah berlarutan selama tiga bulan di sesetengah tempat. – AGENSI
The post El Nino dijangka memuncak pada November, kebakaran di Indonesia boleh berterusan appeared first on Kosmo Online.


