El Nino: Sultan tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat

28 Mar 2024 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran terbaru di laman Facebook memaklumkan baginda melakukan tinjauan udara itu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

"Keprihatinan Sultan Pahang terhadap rakyat jelata tidak perlu disangkal kerana keselesaan rakyat adalah keutamaan bagi baginda.

"Dalam kesibukan tugasan rasmi, baginda mengambil kesempatan meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah sebelum ini menitahkan agar solat hajat dilaksanakan di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melaksanakan solat hajat khas selepas solat isyak sebelum solat tarawih bagi sama-sama mendoakan agar ALLAH SWT menurunkan hujan dan paras air sungai kembali normal.

Laman web Jabatan Meteorologi melaporkan daerah Rompin, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Raub merekodkan status cuaca panas tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved