Elak Aksi Tak Senonoh Artis Luar, Penganjur Diminta Sediakan ‘Kill Switch’

Music
31 Oct 2023 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert terutamanya melibatkan persembahan artis luar negara untuk menyediakan ‘kill switch’ atau memutuskan bekalan elektrik konsert yang dianjurkan mereka.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri, Teo Nie Ching, dan langkah yang dicadangkan tersebut bagi memastikan insiden kontroversi seperti yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 sebelum ini tidak berulang lagi.

Dalam masa yang sama, anggota polis serta beberapa agensi lain akan ditempatkan di tapak konsert untuk memantau setiap konsert yang dianjurkan.

Selain meletakkan anggota polis serta agensi-agensi terlibat, penganjur disarankan untuk mewujudkan ‘kill switch’ yang boleh digunakan serta merta sekiranya berlaku insiden yang tidak senonoh yang dilakukan oleh artis yang membuat persembahan.

Bekalan elektrik akan diputuskan serta merta dan persembahan tidak boleh diteruskan kata Teo menjelaskan garis panduan selepas insiden kontroversi yang berlaku sebelum ini.

Tambah Teo lagi, garis paduan yang lebih ketat ini diharap membuatkan para artis luar negara yang ingin membuat persembahan mengikut budaya Malaysia dan usaha ini perlu dikuat kuasa agar insiden kontroversi yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 di Festival Good Vibes 2023 tidak berulang lagi.

Sumber : TRP

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article