Elak bazir makanan, MPS gerak kempen di 28 lokasi bazar Ramadan

5 Apr 2023 • 2:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan kempen mengelak pembaziran makanan di 28 lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata ‘Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran!’ bertujuan menyedarkan masyarakat kerana peratusan sisa makanan meningkat dalam bulan Ramadan.

“Satu inisiatif bagi mengelakkan pembaziran makanan telah dijalankan oleh MPS semalam.

“Kita berharap masyarakat di Selayang lebih prihatin terhadap isu kelestarian alam sekitar serta tidak sewenang-wenang melakukan pembaziran terutama ketika bulan Ramadan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, beliau menyerahkan kain rentang sebagai simbolik kempen kepada pengelola bazar dan akan dipasang pada 28 lokasi bazar Ramadan di bawah MPS.

Pada program sama, Mohd Yazid turut mengedarkan 60 kit berisi apron, topi dan risalah kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Selayang Utama.

image is not available