Elak dipolitikkan! Pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani secara cermat– Istana Negara

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 1:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu pelantikan hakim bukan perkara kecil, malah ia melibatkan urusan kenegaraan yang perlu ditangani dengan penuh cermat dan integriti.

Menurut kenyataan dari Istana Negara, proses pelantikan hakim mahkamah atasan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

image is not available

Pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani secara cermat

Pelantikan ini dibuat berdasarkan Perkara 122B Perlembagaan, iaitu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas menerima nasihat Perdana Menteri serta perbincangan bersama Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Walaupun pemilihan calon dibuat menerusi Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, kuasa menasihati Agong tetap terletak pada Perdana Menteri.

Justeru, urusan sebegini perlu ditangani secara sah agar perjalanan kuasa Seri Paduka Baginda tidak dipengaruhi atau dijadikan polemik politik oleh mana-mana pihak.

image is not available

Terdahulu, parti pembangkang menggesa agar Anwar Ibrahim memberi laluan kepada siasatan Diraja (RCI) dengan mengambil cuti sementara berhubung dakwaan pelantikan kehakiman sekiranya meinginkan sisatan dibuat secara telus tanpa melibatkan pihak berkepentingan.