Elak Disaman Fitnah, Timbalan Presiden PAS Ingatkan Ahli & Pemimpin Semak Fakta

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 11:15 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi ahli politik bukanlah sesuatu tugas yang mudah apabila setiap gerak geri serta percakapan yang disampaikan pasti akan mendapat perhatian ramai.

Malah, golongan terbabit juga perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu maklumat, kerana jika tidak, ia pasti boleh membawa padah seperti disaman dan sebagainya.

Timbalan Presiden PAS ingatkan ahli dan pemimpin semak fakta sebelum sebarkan

Susulan itu, PAS mengingatkan para ahli serta pemimpin parti itu agar sentiasa memastikan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada orang lain.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu perlu dilakukan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan saman sekali gus menjejaskan imej parti.

Katanya, beliau memahami adakala sesetengah kenyataan dibuat bersifat peribadi namun dikaitkan dengan parti kerana kedudukan dan jawatan disandang.

Perlu sahkan kesasihannya untuk elak tindakan undang-undang

Menurutnya, semua kenyataan mereka perlu disahkan kesahihannya untuk mengelakkan tindakang undang-undang lebih-lebih lagi kini risikonya semakin tinggi dengan perkembangan teknologi seperti kecederasan buatan (AI).

“Kita terdedah kepada risiko peribadi disaman dan kena bayar. Kedua risiko kepada parti…semua pihak perlu jaga supaya imej dapat dipelihara dan kewibawaan kepimpinan dapat dipertahankan,” katanya dalam satu temu bual bersama FMT.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu membuat kenyataan tersebut susulan dakwaan PAS dicop sebagai ‘kaki fitnah’ selepas ada antara ahlinya disaman dan didapati bersalah memfitnah.

Siti Mastura diarah bayar RM830,000 kerana didapati bersalah memfitnah

Terdahulu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad terpaksa membayar RM830,000 kerana memfitnah Lim Kit Siang, bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Siti Mastura didapati bersalah atas tuduhan memfitnah kerana mengaitkan Kit Siang dan Guang Eng dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng selain mendakwa Kok sepupu kepada isteri Guang Eng, Betty Chew dalam ceramah pilihan raya.

Source: