
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Ramai di kalangan bakal pengantin yang tidak sabar menantikan kelangsungan kenduri kahwin.
Selain mahu meraikan hari istimewa itu bersama yang tercinta dan ahli keluarga tersayang, ia juga adalah masa untuk pasangan mempelai berehat sebentar daripada tanggungjawab hakiki iaitu pekerjaan masing-masing.
Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang terlalu sayang dengan pekerjaannya sehingga sanggup ‘bertugas’ ketika majlis persandingan dijalankan.
Baca Artikel Berkaitan: “Tarian Singa Bertemu Kompang” – Gabungan Budaya Semasa Majlis Persandingan Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Tengok Kenduri Kahwin Seperti Pasar Malam. Khemah Pun Sama!
Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Multitask” – Peniaga Apam Balik Dipuji, Jadi Pengganti Baca Doa Di Kenduri Kahwin
Sir Uzairi Dari MC Plus Adakan Kelas Matematik Ketika Bersanding
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@thekhulafastudio) menyaksikan kemeriahan majlis persandingan guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi dari MC Plus bersama isterinya.
Majlis ini nyata mencuri tumpuan ramai kerana keunikannya. Seperti kebiasaan, kenduri kahwin yang dihadiri pada hujung minggu itu terdapat sesi bergambar, ucapan dari ahli keluarga, acara memotong kek, makan beradab, sesi karaoke dan sebagainya.
Namun lain pula kali ini, apabila Sir Uzairi sempat mengadakan kelas subjek Matematik di atas pelamin bersama rakan-rakan MC Plus yang lain.
Siapa sangka guru yang segak dengan pakaian songket tersebut tidak boleh melepaskan jiwa sebagai ‘tenaga pelajar’ walaupun pada hari bahagia itu dan mengajar ilmu Matematik kepada semua tetamu yang hadir.
Memang meriah betul kelas tuisyen kali ini!
Sir Uzairi Ajar Tetamu Cara Guna Jangka Lukis
Buat mereka yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan, Sir Uzairi telah melakukan demonstrasi cara-cara menggunakan jangka lukis bagi mendapatkan pengiraan tepat pada sebuah papan putih.
Sekali tonton, anda akan rasa seperti berada dalam kelas tuisyen yang sebenar. Mana tidaknya, selalu anda bayangkan goodies sahaja di kenduri kahwin, bukannya jangka lukis.
@thekhulafastudio Sape yang join class tadi 😂 #uzairi #adleen #wedding #villabonda #mcplus ♬ original sound – KHULAFA STUDIO
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Geli Hati Lihat Semangat Guru Ajar Tetamu Kenduri Matematik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat Sir Uzairi yang tidak meninggalkan kerjanya meskipun sedang bersanding.
“Itulah aku cakap, cikgu Matematik ni pantang tengok ada masa free sikit,” kata seorang lelaki.
“Sekarang dah faham kenapa masa sekolah dulu jarang cikgu Matematik tak ada. Kalau boleh kelas Pendidikan Jasmani pun dia nak ambil,” kata seorang netizen.
Malah ramai juga yang sempat berseloroh melihat situasi para pengajar yang sedang berkongsi ilmu di atas pelamin.
“Jadi pelajar, tak ada sebab nak rehat sebab cikgu kahwin,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Sekarang ni kenduri kahwin pun kena belajar dulu baru boleh makan,” jenaka seorang lagi individu.
Sementara itu, ramai yang berpendapat bahawa menimba ilmu ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira acara.
“Tips baru untuk cikgu yang nak kahwin, kalau cuti tak diluluskan tak apa. Buat je kelas dekat kenduri kahwin,” seloroh seorang wanita.






Mungkin betul sesetengah orang kata, apabila dah minat dan ketagih dengan formula Matematik, memang susah nak berhenti. Nak mengajar individu lain pun rasa seronok.
Apa-apa pun, selamat pengantin baru buat Sir Uzairi dan pasangan!
Baca Artikel Berkaitan: Dari Pakaian Hingga Ke Doorgift Buat Tetamu, Ramai Teruja Lihat Keunikan Tema Klasik Kenduri Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Comelnya”- Pengantin Tayang Montaj, Kongsi Kisah Percintaan Di Majlis Bersanding Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Baru Function!” – Bridesmaid Dukung Pengantin Untuk Elak Busana Kena Tanah Lecak Raih Pujian
Source:
