‘Elak isu pecah belahkan parti’

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 12:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah akan menjadi antara PRN yang getir dan berdepan pelbagai cabaran.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam Datuk Mizma Appehdullah berkata berdepan PRN kali ini jentera perlu mengekalkan momentum perjuangan parti.

Beliau berkata sebarang isu yang boleh melemahkan atau memecah-belahkan perpaduan dalam parti perlu dielakkan.

“Jentera dan ahli-ahli semua perlu saling berkerjasama dan terus mengukuhkan parti. Jangan biarkan sebarang elemen merosakkan parti kita.

“Kita berdepan PRN yang getir dengan pelbagai isu serta propaganda pihak pembangkang yang sentiasa cuba menjatuhkan. Justeru itu kita mesti kekal kukuh dan bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sarip pada Sabtu.

Menurut Mizma yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Zon 6B berkata jentera perlu sentiasa bersedia dengan fakta yang tepat agar dapat menepis sebarang fitnah yang dilemparkan kepada parti.

Katanya Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai kelebihan dari sudut rekod cemerlang dalam membangunkan negeri dan menjaga kesejahteraan rakyat.

“Jika timbul sebarang fitnah jawab dengan fakta yang betul. Jangan layan propaganda mereka kerana itulah tujuan utama mereka iaitu memporak-perandakan parti kita,” jelasnya.

Dalam pada itu Mizma memberitahu bahawa Gagasan Rakyat Silam kini sedang dalam fasa melaksanakan gerak kerja dan strategi yang telah dirancang.