Penumpang VIP Didenda, Guna Kekerasan Terhadap Pegawai Keselamatan KLIA

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 4:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Penumpang VIP Didenda, Guna Kekerasan Terhadap Pegawai Keselamatan KLIA

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam.

Penumpang VIP siram air botol pada pangawal keselamatan

image is not available

Namun, kejadian pada 28 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) benar-benar menguji kesabaran apabila seorang penumpang VIP bertindak di luar kawalan.

Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Kemboja menyiram sebotol air ke atas kepala seorang staf sekuriti KLIA.

image is not available

Lebih mengejutkan, mangsa yang menjadi sasaran tetap kekal tenang tanpa membalas sebarang tindakan, meskipun jelas diperlakukan dengan begitu hina.

Menurut perkongsian di TikTok @puteri.ellysha, penumpang tersebut bukan sahaja biadab di balai ketibaan, malah sejak dalam pesawat lagi sudah membuat kecoh.

Dalam klip yang dikongsi, lelaki berkenaan dilihat cuba mengasari pramugari, mengeluarkan kata-kata kesat, serta mengganggu penumpang lain yang turut berada dalam penerbangan sama.

Akibat perbuatannya yang keterlaluan, suspek dikenali sebagai Lin Weida, 41, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan.

image is not available

Pertama, menggunakan kata-kata kesat terhadap pramugari, dan kedua, melakukan kekerasan jenayah terhadap petugas sekuriti KLIA, Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid.

Kejadian ini menjadi peringatan bahawa status VIP atau kekayaan bukanlah lesen untuk memperlekeh orang lain. Sebaliknya, apa yang berlaku menonjolkan siapa sebenarnya yang mampu mengawal marah, bukan yang mudah hilang akal.

Sumber: TikTok @puteri.ellysha

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved