Elak minuman tumpah, ‘rider’ balut air raih pujian

18 Mar 2026 • 1:54 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penghantar makanan yang sanggup mengeluarkan wang sendiri demi menjaga kualiti pesanan pelanggan meraih pujian ramai di media sosial.

Penghantar makanan dikenali sebagai Aniq Arfan itu dilihat mengambil inisiatif membungkus minuman pelanggan menggunakan pembalut plastik bagi mengelakkan ia tertumpah sepanjang perjalanan.

Menurutnya, dia membeli enam gulung pembalut plastik menggunakan duit sendiri selepas sering berdepan situasi minuman terjatuh dan bocor di dalam beg penghantaran.

“Orang tak buat, tak apa aku buat,” katanya.

Menerusi video yang tular, Aniq membalut setiap minuman dengan teliti dan kemas, termasuk menutup semua ruang terbuka bagi memastikan tiada kebocoran berlaku walaupun melalui jalan yang tidak rata.

Tindakan itu sekali gus memperlahankan sedikit proses penghantaran, namun baginya kepuasan pelanggan lebih utama.

“Minta maaf pelanggan kalau menyusahkan untuk buka air,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dedikasi ditunjukkan Aniq dan menyifatkannya sebagai contoh penghantar makanan yang bertanggungjawab.

Ada yang berpendapat usaha seperti itu wajar diberikan penilaian lima bintang serta tip tambahan kerana sanggup memberikan perkhidmatan terbaik.

“Kalau saya jumpa rider macam ini, memang saya akan beri tip lima kali ganda daripada yang diterima melalui Foodpanda,” kata seorang pengguna.

Selain itu, terdapat juga pengguna yang mengakui lebih menghargai pengorbanan penghantar makanan, terutama ketika mereka tetap menjalankan tugas dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Dalam masa sama, segelintir pengguna turut menyuarakan harapan agar usaha murni seperti itu berterusan meskipun tidak semua pelanggan menyedari siapa yang memastikan pesanan mereka tiba dalam keadaan sempurna.

Walaupun dilihat sebagai perkara kecil, tindakan tersebut memberi impak besar kepada pelanggan. -MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved