Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

9 Oct 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan. 

Rosyam atau nama sebenar Mohammad Nor Shamsuddin, 57, berkata dia perlu mengawal pengambilan makanan dalam kehidupan seharian serta mengelakkan diri dari mengambil gula secara berlebihan.

“Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia sebegini, saya terpaksa menjaga pemakanan dengan lebih ketat. 

“Saya tak boleh makan terlalu banyak, walaupun sekali-sekala saya ada makan juga. Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia”, katanya kepada Gempak. 


Namun begitu, Rosyam juga mengambil perhatian lebih terhadap penyakit diabetes yang ramai orang Malaysia berdepan masalah itu. 

“Saya hairan, sekarang ini apabila saya beli makanan di luar, kebanyakannya terlalu manis. Saya tak faham kenapa ini berlaku, sedangkan ramai rakyat negara ini menghidap penyakit kencing manis. 

“Penyakit kencing manis sebenarnya tiada ubat, hanya boleh dikawal melalui pemakanan harian kita,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon terkenal itu turut memberitahu dia turut melakukan senaman untuk mengekalkan tubuh badannya agar terus sihat dan cergas.

“Apa-apa pun, kesihatan perlu dijaga, selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta, asalkan badan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan,” kongsinya. 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved