
Selalunya tanda hitam di dahi adalah simbol seseorang itu selalu melakukan ibadah, betul tak? Enggan digelar riak, pempengaruh, Andika Putera membuat keputusan untuk membuang tanda tersebut selepas mendapat rujukan daripada ustaz.
Andika turut berkongsi proses rawatan tersebut di akaun TikTok miliknya dan rata-rata baru tahu kaedah untuk membuang tanda itu wujud.
Menurutnya, dia sudah beberapa kali pergi melakukan rawatan tersbut namun kesan hitam masih tak hilang.
Dia turut mengakui ada pihak yang menuduhnya menghitamkan dahi menggunakan marker pen supaya tanda itu lagi jelas kelihatan.
Dari segi agama tu, biasanya disebabkan tekanan ketika sujud. Apabila tunduk, dahi akan mengalami sedikit keradangan.
Kadang-kadang bila terkena kulit, ia akan menyebabkan kecederaan. Bila ada luka, badan akan bila ada luka, badan kita akan repair cell generate kulit kita yang baru.
Tapi masa tu dia tumbuh kulit akan lebih sensitif. bila kena matahari dia akan jadi gelap.
Treatment buang dahi hitam. Sebenarnya ni bukan treatment yang pertama kali Dika buat. Sebelum ni pun pernah juga Dika buat beberapa kali. Tapi kesan hitam tu tak hilang sepenuhnya sampai ada timbul orang cakap yang Dika sengaja hitamkan dahi ni . So, harini Dika datang lagi dekat Vogue Clinic di Ampang ni untuk buat lagi treatment dekat dahi Dika. Hopefully selepas seminggu ada improvement yang baik dekat dahi Dika ni. Komen ‘’ kalau korang suka facial #treatment #facial #fyp #viral #tiktok
Netizen bidas pendapat Andika, minta jelaskan guna papan putih
Perkongsian yang dibuat oleh lelaki itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Difahamkan ramai yang membidas dan memerli fahaman Andika berhubung perkara ini.
Lebih menarik perhatian, ada yang minta pempengaruh itu membuat penjelasan menggunakan papan putih sama macam penjelasan yang dibuat berhubung isu curang.



Sebelum ini, Andika menjadi bualan netizen apabila bekas isterinya, Ananda Natasha mendedahkan dia berlaku curang dan masalah lain ketika mereka masih suami isteri.
Pulak dah jadi macam ni… Harapnya, Andika hilangkan tanda tu cepat-cepat lah ye. Takut menimbulkan fitnah.

Jap!


