Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

29 Jul 2024 • 1:26 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Didakwa curang dengan bekas isteri, pempengaruh Andika Putera baru-baru ini memuat naik satu video di TikTok menjelaskan isu tersebut demi mempertahankan maruahnya. 

Mahu Bersihkan Nama

"Assalamualaikum, ramai yang tertunggu atas statement apa yang dika nak keluarkan, dan kenapa Dika senyap? Segala jawapan ada di dalam video ini.

"Supaya tidak mengeruhkan keadaan lagi, Dika minta maaf dari pihak Dika dan Tasha. Dika tidak tahu kemungkinan besar Tasha akan post lagi bertujuan memburukkan Dika lagi macam apa yang Dika dah cakap dalam video, Dika bukan seorang yang keluarkan kenyataan hanya semata-mata untuk menang di media sosial, Dika bukan seorang yang macam tu," jelasnya. 
 

@andikaputeraa

Assalamualaikum, ramai yang tertunggu atas statement apa yang dika nak keluarkan, dan kenapa dika senyap ? Segala jawapan ada di dalam video ini. Dika tahu video ini panjang, dika harap tengoklah sehingga habis dan fahamkan kenapa dika diam selama ini, sudah tentu dika taknak membuka aib siapa-siapa dan dika tahu ini ada dugaan tapi ini sudah lebih untuk mempertahankan diri dika, maruah keluarga, anak dika (Alisya Puteri), syarikat dika (aspires) dan anak-anak murid dika. Supaya tidak mengeruhkan keadaan lagi, dika minta maaf dari pihak dika & tasya. Dika tidak tahu kemungkinan besar tasha akan post lagi bertujuan memburukkan Dika lagi macam apa yang Dika dah mentioned dalam video, Dika bukan seorang yang keluarkan statement hanya semata-mata untuk menang di social media, Dika bukan seorang yang macam tu. Dika harap, anda semua yang tonton video ini boleh menilai sendiri, 6 bulan Dika sengsara seorang diri, Dika diberi tekanan yang sangat kuat dengan ugutan-ugutan keras sehinggakan Dika tidak dapat membelakan diri atau mempertahankan diri Dika. Ini adalah cara untuk dika clearkan segala sangkaan buruk atau andaian pada Dika tentang isu penceraian dan itu adalah motif utama. Walaubagaimanapun, Dika tidak mengatakan yang Dika seorang yang sempurna, Dika ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua orang atas segala kekhilafan Dika selama ini. Dan tentang mulut orang yang kecam Dika, Alhamdulillah seikhlas hati yang mana Dika yakin Allah akan tunjukkan kebenaran, Alhamdulillah, Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan ini. Komen jika anda ada pandangan anda sendiri selepas tengok video ini.

♬ original sound - Andika Putera




"Dika ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua orang atas segala kekhilafan Dika selama ini. Dan tentang mulut orang yang kecam Dika, Alhamdulillah seikhlas hati yang mana Dika yakin Allah akan tunjukkan kebenaran. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan ini," katanya. 

Sekadar info, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya. 

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.