Elak rasa tidak selesa, Eyra Hazali ajar anak tutup mata masuk tandas wanita

Family & ParentingLifestyle
2 Sep 2025 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Eyra Hazali menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan terpaksa membawa ketiga-tiga anak lelakinya ke tandas wanita apabila berkunjung ke tempat awam.

Tutup mata masuk tandas wanita

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkata, dia mengajar anaknya untuk sentiasa menutup mata kerana terpaksa menggunakan tandas wanita memandangkan dia dan suami berada di fasa perkahwinan jarak jauh (pjj).

“Saya ada tiga orang anak dan pjj dengan suami. Nak tak nak kalau kena keluar pergi mall atau mana-mana tanpa suami memang kita kena bawa anak masuk dalam tandas sekali.

“Tapi Eyra memang dah ajar, masuk tandas wanita mereka kena tutup mata atau mengadap peluk saya sambil tutup mata,” kata Eyra di Threads, semalam.

image is not available

Pelakon drama Mr. Grey itu mengakui tindakan tersebut mungkin menimbulkan rasa kurang senang orang lain dan memilih untuk berkunjung ke pusat membeli belah yang menyediakan tandas khusus buat kanak-kanak.

“Saya tahu ada yang tak selesa walaupun anak-anak saya masih kecil lagi. Tetapi, selalunya saya pilih pergi ke mall yang ada kids toilet macam Aeon Mall Shah Alam dan I City Shah Alam. Kadang-kadang kita kena faham perasaan orang lain juga,” jelasnya.

Untuk rekod, Eyra Hazali mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Haziq Nadzli pada 1 November 2019. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hayder Qhalish, Endra Haqimie, dan Muhammad Hud Ezqandar.

Sumber: Threads Eyra Hazali