Elak Terus Rosak, Abang Ni Kongsi Tip Baiki Dinding Guna Kaedah “Waterproofing”

26 Sep 2023 • 10:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Elak Terus Rosak, Abang Ni Kongsi Tip Baiki Dinding Guna Kaedah “Waterproofing”

Sejak dua-menjak ini, cuaca hujan sering melanda beberapa kawasan di seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi sekarang kita menghampiri musim tengkujuh (penghujung tahun).

Oleh itu, pelbagai aktiviti luar semakin dihadkan atas faktor keselamatan seperti mendaki bukit, berkelah dan sebagainya. Kebanyakan masa dihabiskan di rumah.

Pun begitu, sewaktu berada di rumah, sesetengah pemilik rumah tentunya pernah mengalami masalah dinding rumah seolah-olah meruap atau lembab akibat hujan lebat.

Perkara ini tentunya akan membuatkan cat pada dinding rumah lama-kelamaan tertanggal dan menggelupas sekaligus mencacatkan pemandangan rumah.

Sebagai pemilik rumah tentunya anda tidak mahu perkara ini terjadi kerana ia boleh merosakkan permukaan dinding rumah sehingga berlubang.

Lebih-lebih lagi hujan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan ini dan memakan modal yang besar untuk dibaik pulih.

Jadi apakah solusi yang boleh dilakukan oleh para pemilik rumah di luar sana?

Jangan risau, hari ini pihak SK membawakan perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Nik Mohd Rizal menerusi kumpulan Tukang Apa Hari Ini mengenai masalah tersebut di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Tip Rawat Dinding Meruap Guna Kaedah Waterproofing

image is not available
Gambar: Nik Mohd Rizal

Projek waterproofing dinding dapur. Tukang dulu bancuh simen muda dan tak letak waterproof chemical. Selama hampir 10 tahun, dinding meruap air dan kalau musim tengkujuh, air masuk melalui dinding sehingga bertakung di lantai.

Untuk merawat dinding ni, cat lama perlu dibuang. Paint removal chemical nampak kurang berkesan dan tinggi kos, jadi saya gunakan grinder.

image is not available
Gambar: Nik Mohd Rizal

Simen diplaster semula sebelum dirawat menggunakan primer pentens T-007 & 3 lapis pentens T-200H.

Setakat ni tiada lagi kebocoran selepas hujan lebat beberapa hari lepas.

Hanya hujan lebat berterusan musim tengkujuh nanti akan menentukan sama ada rawatan waterproofing ni betul-betul berkesan.

image is not available
Gambar: Nik Mohd Rizal

Sumber: Facebook Nik Mohd Rizal via Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI)