
LAHAD DATU: Orang ramai digesa tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, aktiviti pembakaran terbuka juga boleh mengancam nyawa dan harta benda.
Beliau berkata, kawasan di bawah tanggungjawab jabatan itu di daerah ini adalah luas dan beberapa kawasan tidak dapat menerima perkhidmatan bomba disebabkan kekangan jarak dari balai.
“Justeru itu, lebih baik mencegah daripada merawat dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini dengan mengambil langkah sewajarnya serta mengelak daripada melakukan aktiviti kebakaran terbuka,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Menurut Sumsoa, pada 27 Februari, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.08 petang berikutan kebakaran belukar berhampiran Pejabat Daerah Tungku.
Sumsoa berkata, anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan usaha memadam kebakaran segera dilakukan bagi mengelakkannya daripada merebak.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam turut terlibat dalam operasi tersebut.
Katanya, kira-kira dua ekar tanah musnah susulan kejadian itu.
Operasi ditamatkan jam 7.34 malam selepas pasukan memastikan api dipadamkan sepenuhnya dan tiada bahaya lain di tempat kejadian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
