Tiga buaya ditembak mati di Lahad Datu

17 Feb 2024 • 7:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Tiga ekor buaya ditembak mati dalam operasi bersepadu yang dijalankan di beberapa kawasan di sini, pada Khamis.

Operasi itu dijalankan bersama oleh Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Ibu Pejabat Polis Lahad Datu, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pasukan Batalion 17 Pasukan Gerakan Am, Majlis Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata, operasi dijalankan di kawasan jeti PPM Lahad Datu, kawasan laut POIC, Sungai Sabah Baru, Kampung Puyut, Sungai Sapagaya dan Tabanak.

Katanya, operasi itu dijalankan bagi memastikan keselamatan orang awam agar bebas daripada ancaman reptilia tersebut di kawasan berkenaan.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Operasi itu juga bertujuan mengawal populasi buaya dan mengurangkan kes serangan ke atas manusia di daerah ini.

“Susulan operasi itu, tiga ekor buaya termasuk seekor berukuran 3.4 meter mati ditembak.

“Semua buaya ini kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ahmad berkata, sepanjang operasi itu, semua anggota pasukan sentiasa menitikberatkan keselamatan orang awam, harta benda, penggunaan senjata dan peluru.

Tambahnya, operasi yang berakhir jam 4 petang itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.