Elakkan tidur ternganga

Health & Fitness
26 Jan 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Elakkan tidur ternganga
Gambar: Public Health M'sia

Tidur mulut ternganga? HATI-HATI. Muka anda berubah jadi "hodoh" secara senyap.

Sebelum tidur ni, cuba periksa tabiat anda sekejap.

Adakah anda jenis tidur mulut terbuka (Mouth Breather)?

Atau anda selalu bangun tidur dengan mulut kering dan bantal basah (air liur basi)?

Kalau YA, anda dalam bahaya besar. Bukan bahaya nyawa, tapi bahaya RUPA PARAS (Facial Structure).

Bernafas melalui mulut semasa tidur (Chronic Mouth Breathing) boleh mengubah struktur tulang muka, terutamanya jika ia berlaku sejak kanak-kanak.

Keadaan ini dipanggil ADENOID FACE atau LONG FACE SYNDROME.

Apa yang berlaku bila mulut ternganga setiap malam?

1. Dagu Terbenam: Otot rahang bawah menjadi lemah dan tertarik ke belakang (Receding Chin).

2. Muka Jadi Lonjong: Wajah nampak panjang, sempit, dan tidak seimbang.

3. Gigi Jongang: Bila mulut terbuka, lidah tidak menekan lelangit. Akibatnya, lengkung gigi jadi sempit dan gigi depan terhimpit ke hadapan.

4. Mata Layu: Kurang oksigen menyebabkan mata nampak letih (Tired Eyes).

Adakah boleh dibetulkan?

Untuk KANAK-KANAK:

Sangat boleh. Tulang mereka masih lembut. Jika nampak anak tidur ternganga atau berdengkur, bawa jumpa doktor segera. Anda boleh selamatkan rupa paras mereka sebelum terlambat.

Untuk DEWASA:

Tulang anda sudah keras. Teknik tutup mulut mungkin tidak mengubah tulang rahang secara drastik, TAPI ia akan:

1. Menghilangkan Double Chin (otot leher jadi tegang).

2. Mengelakkan nafas berbau & kerosakan gigi.

3. Tidur lebih nyenyak dan kurang berdengkur.

Cara Betul (Teknik Mewing):

Pastikan mulut sentiasa tertutup rapat dan rehatkan keseluruhan LIDAH di lelangit atas (bukan di dasar mulut).


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.