Elaun ‘On Call’ Diperluas Kepada Pegawai Perubatan Di Enam Klinik Projek Rintis – PM Anwar

LocalPolitics
4 Apr 2023 • 12:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Elaun ‘On Call’ Diperluas Kepada Pegawai Perubatan Di Enam Klinik Projek Rintis – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Kerajaan bersetuju supaya elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah elaun ‘on call’ kepada doktor.

Sumber: Bernama