Elaun tambahan diperluas buat pegawai perubatan KK kerja lebih masa

4 Apr 2023 • 11:58 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Kerajaan bersetuju supaya elaun tambahan diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan (KK) yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah elaun ‘on call’ kepada doktor.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved