Elcy, Fakhrullah muncul juara

14 Jul 2026 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Elcy, Fakhrullah muncul juara

Kota Kinabalu: Pemain Sukma Sabah, Elcy Solius, bergandingan dengan Fakhrullah Sofian dari Brunei muncul juara Kejohanan Terbuka Ping Pong Beregu KHC 2026 yang berlangsung di BSA Kolombong (Pusat Latihan Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu, KKTTA) pada Ahad.

Gandingan itu menewaskan Wallington Lansenyan dan Abdullah Rashed dalam aksi final menerusi kemenangan straight set 11-7, 11-3, 11-7.

Tempat ketiga bersama menjadi milik Richard Sim-Stephen Chia serta Suhaimi-Colleen Tan.

Kejohanan anjuran Pong2U Table Tennis Centre dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu (KKTTA) itu mendapat sambutan menggalakkan menerusi penyertaan pemain dari Brunei serta beberapa daerah di Sabah termasuk Sandakan, Tawau, Papar, Tenom, Tuaran dan Beaufort.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pemain, pengadil, petugas, penaja Kim Hup Choon Sdn Bhd serta semua pihak yang memberikan sokongan bagi memastikan kejohanan itu berlangsung dengan jayanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved