ElevenLabs Kini Membolehkan Anda Mencipta Chatbot AI Dengan Suara Sendiri Berdasarkan Pelbagai Model

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 3:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ElevenLabs dilihat kini menjadi antara syarikat kecerdasan buatan generatif audio paling maju. Mereka telah melakukan banyak kerjasama, telah mengambil alih banyak syarikat dan turut telah digunakan oleh banyak syarikat media. Antara perkhidmatan popular mereka adalah mengklonkan suara sendiri menjadi suara AI dan boleh menjana audio berdasarkan apa-apa teks dalam pelbagai bahasa.

Terbaru, ElevenLabs telah mengaktifkan ciri Conversational AI yang membolehkan pengguna mencipta chatbot AI sendiri. Tidak kira dengan suara sedia ada atau suara yang dilatih sendiri. Bukan itu sahaja, ElevenLabs turut menyertakan banyak model bahasa raya seperti Google Gemini 1.5 Pro, ChatGPT-4o, Claude 3.5 Sonnet dan banyak lagi. Pengguna turut boleh menetapkan prom sistem, syarat-syarat sendiri, jumlah kredit dan prestasi keseluruhan chatbot.

image is not available

Setiap chatbot turut boleh diubahsuai dengan widget tersendiri sama ada untuk dikongsi kepada orang lain secara terus atau untuk widget pada laman web masing-masing. Conversational AI oleh ElevenLabs turut memberi pengguna akses percuma kepada kebanyakan model bahasa raya sebelum nanti mereka akan mengehadkan kepada pengguna berbayar dan perlu membeli kredit tambahan.

image is not available

ElevenLabs turut kini dalam proses meningkatkan nilai syarikat kepada lebih $3 bilion dengan pelaburan oleh Iconiq Capital iaitu antara pelabur popular yang pernah menjayakan Meta, Uber, Zoom, Epic Games dan banyak lagi. Penawaran baharu ElevenLabs ini turut akan bersaing dengan OpenAI iaitu Realtime API.