Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 8:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western

Pelakon terkenal, Fattah Amin, telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Sdn. Bhd., bermula 20 November ini.

Perlantikan tersebut diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat tersebut, Nur Qaiyum Muhamad, menerusi satu kenyataan rasmi.

image is not available
Kredit: PAK MAT Western via Facebook

Menurut Nur Qaiyum, Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fatah Mohd Amin, akan merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan.

Selain itu, Fattah juga akan dipertanggungjawabkan dalam pemasaran usahawan melalui media massa serta media sosial Pak Mat Western.

“Sebarang makluman mahu pun penambahbaikan pengurusan akan diterang jelas kepada usahawan dari masa ke semasa mengikut strategi dan pemasaran baharu.

“Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan usahawan kini,” katanya.

Untuk info, Fattah pernah bekerjasama dengan Pak Mat Western pada Oktober lalu menerusi platform penjualan dalam talian secara live streaming.

Kolaborasi tersebut mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod tontonan dengan lebih 25 juta “likes“.

Selain itu, Fattah menerima pujian ramai apabila menolak komisen jualan daripada produk kambing perap yang dipromosikannya.

Sebaliknya, beliau meminta agar wang tersebut didermakan kepada pihak yang memerlukan.

Pelantikan ini diharapkan dapat membawa perubahan positif kepada Pak Mat Western dalam memperkukuh jenama dan memajukan sektor keusahawanan tempatan.