ElevenLabs Kini Membolehkan Anda Menjana Lagu Dikuasakan AI – Termasuk Dalam Bahasa Malaysia

TechnologyMusic
6 Aug 2025 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ElevenLabs sedia memfokuskan pembangunan penjanaan audio dikuasakan kecerdasan buatan. Kini, memperluaskan lagi penawaran mereka, ElevenLabs turut memperkenalkan ciri untuk menjana lagu atau muzik dikuasakan kecerdasan buatan.

image is not available

Melalui penawaran terbaru, ElevenLabs Music, pengguna boleh ke halaman khusus yang disediakan, memasukkan arahan dalam bentuk teks, dan ia seterusnya akan menjana lagu berdasarkan kepadanya. Daripada ujian kami, ia turut menghasilkan lirik dan lain-lain secara automatik. Namun, kadang-kala gaya ucapan adalah seperti bahasa Indonesia, dan bukannya bahasa Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri baharu ini di laman ElevenLabs Music. Selain ElevenLabs, satu lagi perkhidmatan popular yang menawarkan sokongan janaan lagu berasaskan kecerdasan buatan adalah Suno.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved