Google Menguji Platform Eksperimental Sempoicara Tersendiri – Opal

TechnologyDigital
25 Jul 2025 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, salah satu penawaran yang semakin meningkat popular kebelakangan ini adalah penawaran sempoicara (vibe-coding), yang membolehkan pengguna memasukkan arahan dalam bentuk teks, dan model kecerdasan buatan akan membangunkan aplikasi atau laman web berkaitan.

Antara yang popular adalah termasuk Cursor, Lovable dan juga Bolt. Kini, Google tidak ketinggalan, dan telah mulakan ujian perkhidmatan sempoicara mereka tersendiri, dinamakan Opal.

Opal ditawarkan secara terhad di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dibawah penawaran Google Labs. Ia membolehkan pengguna membangunkan aplikasi web mini, atau memilih sebarang aplikasi sedia ada di galeri dan menambah-baik atau mengubahnya.

Opal juga membolehkan pengguna mengakses panel editor, dan menyunting sebarang gerak-kerja atau aliran input dan output untuk aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada fasa ujian di Google Labs, dan tidak diketahui lagi bilakah Google akan membuka akses berkenaan ke pasaran global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved