ElevenLabs merupakan salah satu firma kecerdasan buatan yang memfokuskan kepada audio. Selepas memperkenalkan sejumlah ciri menarik, terbaru ElevenLabs turut memperkenalkan sokongan penjanaan muzik berasaskan sesuatu video.


Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan pengguna menjana runut bunyi atau lagu latar untuk sesuatu video, berasaskan kepada konteks dan kandungannya. Ini juga akan menjadikan video akhir yang dihasilkan bersama audio lebih menarik berbanding kebiasaan, disamping membawa kos yang sangat rendah berbanding perlu mencari lagu latar seperti sebelumnya.
Ciri ini ditawarkan secara percuma melalui ElevenLabs. Pengguna juga turut boleh menambah audio tambahan termasuk suara latar melalui ElevenLabs Studio.

