
ElevenLabs sebelum ini sedia terkenal dengan penawaran penjanaan audio yang jelas melalui sokongan kecerdasan buatan. Memperluaskan lagi penawaran mereka, kini ElevenLabs turut hadir dengan produk baharu dnamakan ElevenMusic.

Menggunakannya, pengguna boleh menerangkan jenis muzik atau lagu yang anda inginkan, dan seterusnya ElevenMusic akan menjana muzik berkenaan. ElevenLabs mengatakan mereka membangunkan ElevenMusic diatas model muzik yang dilesenkan sepenuhnya, serta memudahkan pengguna dalam menjana muzik dengan pantas dan mudah.
Untuk makluman, sebelum ini ElevenLabs sedia menawarkan ciri berkenaan, tetapi kini mereka mengasingkan perkhidmatan berkenaan, sekaligus membolehkan ia bersaing dengan Suno, Udio dan lain-lain.
ElevenMusic membolehkan penjanaan sebanyak 5 lagu setiap hari secara percuma, dan perlu melanggan pelan bulanan untuk janaan sehingga 400 lagu setiap bulan.

