Komikai Membolehkan Anda Menjana Komik Menggunakan Sokongan Kecerdasan Buatan

TechnologyDigital
14 Apr 2026 • 12:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari ini, terdapat pelbagai penawaran berasaskan kecerdasan buatan yang membolehkan anda menjana teks, gambar, muzik dan sebagainya. Terbaru, salah satu perkhidmatan yang dibangunkan pembangun tempatan adalah Komikai.

image is not available

Seperti pada namanya, ia membolehkan penjanaan komik terus pada platform berkenaan, dengan sokongan kecerdasan buatan. Ketika memulakan penjanaan, pengguna boleh menerangkan komik apa yang mereka ingin jana, memilih gaya lakaran, dan seterusnya memilih berapa halaman dan panel yang ingin dijana.

image is not available

Setiap janaan menggunakan kredit, dan bagi anda yang berminat turut boleh melanggan perkhidmatan Komikai ini untuk menerima akses kredit tambahan. Selesai janaan, pengguna boleh memuat-turunnya dalam bentuk PDF, ZIP atau turut memilih untuk menganimasikannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Komikai hari ini, dan mula menjana komik yang anda inginkan selama ini.