Elfira Loy tak percaya dapat tunai haji -“Allah makbulkan doa saya yang hina ni”

9 Jun 2024 • 8:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon wanita, Elfira Loy tak percaya dapat tunai haji tahun ini dan merasakan hal berkenaan adalah nikmat yang cukup disyukuri.

Tak sangka Allah makbulkan doa

Menerusi hantaran Elfira di media sosial, dia dalam keadaan sebak tidak menyangka bahawa Allah S.W.T mahu memakbulkan doanya yang banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan.

“Masih lagi dalam keadaan tak percaya”

“Tapi inilah nikmat yang paling saya syukuri dan tak sangka Allah nak makbulkan doa saya yang hina ni. It happened within one week sahaja , Allahuakbar,” tulisnya.

image is not available

Elfira Loy tak percaya dapat tunai haji, akan berangkat esok pagi

Ujarnya lagi dalam hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, dia akan berangkat ke Tanah Suci bagi menjalani rukun Islam yang kelima ini pada esok pagi.

Dia memohon maaf kepada sesiapa yang belum tahu tentang keberangkatannya kerana tidak sempat lagi bertemu mereka serta masih terkejut dengan khabar gembira yang diperoleh.

“Terima kasih atas doa kalian . InshaAllah , saya akan berangkat esok pagi.

“Mintak maaf kalau ada yang saya tak bagitau awal awal dan tak sempat jumpa sebab saya masih lagi terkejut dan dalam keadaan tak percaya,” ujarnya.

image is not available

Elfira Loy tak percaya dapat tunai haji, ucap terima kasih kepada semua yang doakan

Dalam hantaran itu juga, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan serta mereka yang membantu memberikan beberapa kelengkapan sepanjang proses dia bersiap untuk menunaikan haji.

Susulan daripada hantaran tersebut, ramai yang mendoakan agar pelakon terbabit dipermudahkan urusan sepanjang menjalani ibadah sdan berharap supaya pelakon itu mendapat haji yang mabrur.

image is not available

Semoga urusan dipermudahkan El

 

image is not available

Semoga selamat pergi dan pulang

image is not available

Kita pun sebak sama

image is not available

Sumber: Instagram elfiraloy