“Nak Try Je, Kawan Kata Lepas” – Gadis Kantoi ‘Edit’ Resit, Rupa-Rupanya Hanya Transfer 1 Sen Ke Kedai

14 May 2024 • 1:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
edit

Tular di TikTok rakaman video menunjukkan peniaga di Uptown Sungai Petani menyerang seorang pelanggan yang didakwa menipu pembayaran.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 39 saat itu, peniaga mendakwa gadis itu menyunting resit transaksi online yang dilakukan dengan meletakkan harga barang.

image is not available

Namun, nilai sebenar yang transaksi yang dilakukan didakwa bernilai 1 sen sahaja. Hasil soal siasat dilakukan, peniaga mendakwa penipuan ini dilakukan secara berkumpulan.

image is not available

Gadis itu mengaku dia hanya mahu mencuba kerana rakan-rakan memberitahu dia tidak akan tertangkap.

Tonton video penuh:

Kredit: TikTok @aryssaaddena

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.