
Baru-baru ini, pelakon jelita, Elisya Sandha ada memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya sedang promote produk mampu menurunkan berat badan yang diguna olehnya.
Biarpun niat hanya mahu mempromosikan produk berkenaan, netizen nampaknya berasa kurang senang melihat Elisya memakai baju gaun ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Susulan berasa ‘sakit mata’ melihat video pelakon tersebut menari sambil memakai gaun ketat, ada beberapa netizen memetik nama pelakon serta pengarah hebat, Sheila Rusly yang juga merupakan ibu mentua Elisya.


Orang ramai berpendapat tidak salah untuk mempromosikan produk kurus di media sosial tetapi janganlah sampai berjoget sakan serta memakai pakaian menjolok mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan di bawah.
"Nak Tunjuk Apa Sebenarnya Ni?" - Elisya Sandha Dikecam, Pakai Baju Hampir Nampak Payudara
The post Elisya Sandha Menari & Pakai Baju Gaun Ketat, Nama Ibu Mentua Pula Dipetik – “Sian Dosa Anak Dia Berjalan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


