
Setiap pasangan yang sudah berumah tangga semestinya mempunyai impian untuk menimang cahaya mata.
Tidak terkecuali juga dengan penyanyi terkenal Elizabeth Tan atau nama panggilannya Lizzy.

Menurt laporan Kosmo, Elizabeth dan suami bersetuju untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) bagi memenuhi keinginan mereka untuk mendapatkan anak.
Elizabeth berkata dia dan suaminya, Siew Jim mahu melakukan IVF tetapi dalam masa yang sama mereka tetap berusaha dengan cara semula jadi berdasarkan rawatan dan nasihat.
Mungkin kami akan memberi masa sekitar setahun kerana pada Februari lalu saya keguguran.
Setidak-tidaknya saya tahu yang saya mampu hamil, jadi kami pilih melalui cara biasa ini dahulu, katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semua Sudah itu berkata, ketika dia mengalami keguguran pada Februari lalu usia kandungan masih sekitar 7 minggu.
Dia juga kini sedang menjalani rawatan dan mengambil ubat untuk kestabilan hormon.
Saya juga selalu melakukan senaman kardio setiap minggu agar badan lebih sihat dan juga mengamalkan pemakanan sihat.
Elizabeth menginginkan anak kembar lelaki dan perempuan.
Andai kata tidak dapat anak kembar, saya kalau boleh anak sulung saya nanti perempuan, katanya.

Jap!
