Elizabeth Tan mahu lakukan IVF jika cara semula jadi dapatkan zuriat tak berhasil

Family & Parenting
17 Jul 2024 • 7:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, Elizabeth Tan mahu lakukan IVF jika cara semua jadi untuk mendapatkan anak tidak berhasil kerana memang berharap untuk menimang cahaya mata segera.

Persetujuan bersama dengan suami

Menerusi laporan dari Kosmo! Elizabeth Tan Su Mei, 30 atau biasa disapa Lizzy memaklumkan yang dia serta suami tidak menolak melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dan sudah berbincang tentang perkara berkenaan jika usaha mendapatkan zuriat secara semula jadi tidak berjaya.

“Saya dan suami ada terfikir untuk melakukan IVF, tetapi kami ingin melakukannya secara semula jadi berdasarkan rawatan dan nasihat pada masa ini.

“Mungkin kami akan memberi masa sekitar setahun kerana pada Februari lalu saya keguguran.

“Setidak-tidaknya saya tahu yang saya mampu hamil, jadi kami pilih melalui cara biasa ini dahulu,” katanya.

image is not available

Elizabeth Tan mahu lakukan IVF, sekarang masih jalani rawatan untuk hamil semula jadi

Tambah pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu lagi, dia kini sedang menjalani proses rawatan dengan mengambil ubat tertentu bagi menstabilkan lagi hormannya.

Saya fikir untuk mendapatkan anak itu mudah, tetapi ternyata sukar untuk saya.

Sewaktu mengalami keguguran pada Februari lalu, usia kandungan masih baru iaitu sekitar tujuh minggu.Beberapa bulan selepas itu, mengalami gangguan hormon dan perlu mengambil ubat serta rawatan bagi membantu untuk hamil lagi.

“Saya juga selalu melakukan senaman kardio setiap minggu agar badan lebih sihat dan juga mengamalkan pemakanan sihat,” ujarnya.image is not available

Elizabeth Tan mahu lakukan IVF, teringin anak kembar

Dalam pada itu, Lizzy juga berharap agar dia dikurniakan sepasang cahaya mata kembar walaupun mengakui tiada sejarah ahli keluarga kembar dalam keluarganya.

“Kalau boleh saya berharap agar dapat anak kembar sepasang. Tentu seronok, tetapi keluarga belah saya dan dia tidak mempunyai sejarah kelahiran kembar.

“Andai kata tidak dapat anak kembar, saya kalau boleh anak sulung saya nanti perempuan,” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, penyanyi lagu Semua Sudah berkenaan telah mengalami keguguran pada Februari lalu sewaktu usia kandungan memasuki tujuh minggu.

Dia yang telah tiga tahun berkahwin telah mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.

Sumber: Kosmo! (Fadila Awaludin)