Elizabeth Tan Teruja Dapat Bertemu Anwar Ibrahim Sehingga Terlanggar, Netizen Tuduh Dia Sengaja Langgar PMX

13 Apr 2023 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar daripada Instagram Elizabeth Tan

Siapa sahaja yang tidak teruja andai dapat bertemu Perdana Menteri Malaysia di depan mata. Begitulah perasaan selebriti popular, Elizabeth Tan apabila dia berpeluang bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy ini tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya dapat bertemu dengan PMX di sebuah majlis berbuka puasa.

Malah disebabkan terlalu teruja, dia tanpa sengaja telah terlanggar tokoh politik terkemuka itu.

“Excited sangat dapat jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, sampai saya terlanggar dia. Omg, I’m so sorry,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Lizzy sempat meminta maaf kerana terlanggar dan berkata dia berbesar hati dapat bertemu dengan Perdana Menteri tersebut.

Di bahagian komen, ada kata-kata sinis daripada netizen yang mendakwa penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Knock Knock’ itu memang sengaja mahu melanggar Perdana Menteri itu.

Mereka meminta agar dia lebih menjaga adab apabila bertemu dengan orang ternama seperti Perdana Menteri.

Ada juga yang mendakwa, disebabkan insiden berkenaan, Anwar telah menjadi mangsa fitnah di Tik Tok.

image is not available

Lizzy juga dilihat telah menjelaskan situasi sebenar di bahagian komen tentang apa yang berlaku.

Menurut Lizzy, dia sekadar ingin mengambil ‘close up shot’ bersama Anwar tetapi tidak menyangka beliau akan bersalam dengan individu yang duduk di hadapannya.

image is not available

Semoga penjelasan Lizzy itu dapat melenyapkan segala fitnah dan spekulasi yang berlaku.

Tak baik berburuk sangka di bulan Ramadan yang mulia ini. Lebih baik Kita semua fokus memperbanyakkan ibadah di 10 malam terakhir. - Getaran, 13 April 2023.