“Omg im so sorry” – Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PMX Gara-gara Terlalu ‘Excited’

Entertainment
13 Apr 2023 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available


Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri majlis berbuka puasa dengan penggiat seni dan pengamal media di Dewan Merdeka, World Trade Center (WTC), Kuala Lumpur.

Di majlis tersebut, dapat dilihat ramai golongan artis hadir termasuklah artis seperti Ifa Raziah, Sufian Suhaimi, Noorshila Amin dan penyanyi serta pelakon terkenal, Elizabeth Tan.

Elizabeth ‘excited’ sampai terlanggar PMX?

Namun begitu, gara-gara terlalu teruja dapat bertemu dengan PMX, Elizabeth Tan di Instagram telah memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana telah melanggarnya secara tidak sengaja.

Menerusi video yang dikongsikannya, Elizabeth dilihat sedang merakam video saat PMX datang ke mejanya untuk beramah mesra dengan penggiat seni yang lain.

Namun dek kerana terlalu teruja, Elizabeth tanpa sedar telah mengundur ke belakang hingga terlanggar perdana menteri tersebut. Alahai!

Excited sangat dapat jumpa DS Anwar Ibrahim sampai I terlanggar dia omg i’m so sorryyy”

Video tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang memahami situasi teruja yang dialami Elizabeth, namun ada juga ada yang memintanya untuk memadam video tersebut kerana bimbang ia memberi imej buruk kepada PMX.

image is not available

Apa-apapun sebaiknya kita husnudzon dan jaga lisan dalam memberi komen. Dia tak sengaja tu terlanggar PM.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.