Ella rancang rehat setahun

LocalMusic
21 Oct 2026 • 9:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ella rancang rehat setahun
Ella
Image from: Ella rancang rehat setahun
Ella di sidang media pengumuman konsert Majlis Tertinggi Rockqueen (MTR) Ella: Sidang Penutup di Kuala Lumpur pada Selasa.

SUBANG JAYA - Selepas menjayakan beberapa konsert sepanjang tahun ini, Ratu Rock Malaysia Ella merancang berehat daripada mengadakan konsert selama setahun pada 2027.

Perkara itu dikongsikan penyanyi berkenaan ketika sidang media pengumuman konsertnya di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Ella, keputusan untuk berehat itu sudah dirancang sejak sekian lama, sekali gus memberinya ruang memberi tumpuan kepada perkara lain.

“Setahun tanpa konsert? Ya, insya-ALLAH,” katanya.

Sidang Penutup yang dianjurkan Hitman Solutions bersama Rockqueen bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 5 Disember depan, sekali gus menjadi kemuncak perjalanan MTR sepanjang 2026.

**media[3684555]**

Konsert itu turut menampilkan penyanyi Yuna dan Datuk Ziana Zain sebagai artis undangan.

Mengulas pemilihan kedua-dua penyanyi itu, Ella berkata, beliau mahu memberikan kelainan kepada peminat menerusi gabungan artis yang diminatinya dan turut dianggap sebagai rakan.

“Saya nakkan kelainan yang bersama saya di pentas dan dua-dua itu adalah saya minat. Dua-dua itu kawan juga,” ujarnya lagi.

Dalam temu bual sama, Ella turut menyentuh perancangannya untuk memberi tumpuan kepada bidang pertanian dan pendidikan, namun tidak memperincikan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Siri konsert MTR tahun ini menghimpunkan lebih 70,000 peminat menerusi persembahan di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang.

Tiket Sidang Penutup berharga RM179 ke atas mula dijual pada 22 Oktober menerusi laman web www.hitmanlive.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved