Ellie Suriaty Dedah Isteri Aman Graseka Tak Bagi Berlakon, Kena ‘Gari’ Dekat Kedah Sebab Cemburu Buta

Entertainment
9 Jan 2024 • 12:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyampai radio, Sharifah Shahira baru-baru ini mendedahkan pelakon otai Aman Graseka kini sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Katanya, dia dan rakan artis yang lain kerap menerima mesej Whats App daripada Aman yang meminta sumbangan wang ringgit.

Terbaru, pengarah tersohor Ellie Suriaty berpendapat pelakon itu perlu kembali berlakon untuk mencari pendapatan.

image is not available

image is not available

Dakwa Ellie, isteri Aman seorang yang cemburu buta dan melarang suaminya ke set penggambaran. Malah, isteri pelakon itu dikatakan menjadi dalang menghantar mesej kepada rakan-rakan artis.

image is not available

Ellie membuat dakwaan tersebut menerusi satu ruangan komen perkongsian sebuah portal. Pengarah ini sempat berbalas-balas komen dengan netizen menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

image is not available

image is not available

image is not available

Pengarah yang pernah bekerjasama dengan Aman Graseka ini berkata, beliau seorang pelakon yang hebat dan mudah bekerjasama.

image is not available

image is not available

Malah, beliau juga seorang yang profesional jadi isterinya tak perlu bimbang. Ellie berkata lagi, isteri perlu tengok dari sudut positif bukannya ‘control’ semua perkara dengan membabi buta.

image is not available

image is not available

Ceritanya lagi, kawan-kawan yang menerima mesej dari nombor telefon Aman hanya diberikan voice note sebagai bukti. Tetapi apabila dihubungi secara video call, isteri tunjuk suaminya sedang tidur.

image is not available

image is not available

Jelasnya, jika mesej tu kerja scammer, macam mana boleh ada visual isteri semasa panggilan video? Kalau betul apa yang diceritakan, diharapkan abang Aman dapat kembali berlakon. Lagi pun lakonan pelakon otai ini mantap kan?

Kredit: Ellie Suriaty

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.