“Isteri Dia Tak Bagi Shooting” – Ellie Suriaty Bongkar Rahsia, Rupanya Isteri Aman Graseka Yang Hantar Mesej Pada Rakan Artis?

Entertainment
9 Jan 2024 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon 90-an iaitu Aman Graseka dikatakan terdesak mahu dapatkan bantuan daripada rakan artis susulan sudah tidak ada tawaran berlakon lagi.

Ellie Suriaty dedahkan ‘rahsia’

Disebabkan berita ini sudah meraih perhatian banyak media, pelakon hebat Ellie Suriaty tampil mendedahkan bahawa ‘kerja’ meminta bantuan daripada rakan artis ini adalah isteri Aman sendiri.

Kata Ellie, sebelum ini pernah saja dia cuba menghubungi Aman tetapi isterinya banyak berdalih dan tidak benarkan Ellie bercakap dengan aktor terbabit.

image is not available

Tambahan aktres itu lagi, bukan saja dirinya yang lalui hal ini, malah rakan selebriti-selebriti yang lain juga lalui hal sama.

Isteri larang Aman berlakon

Dakwa Ellie, isteri Aman telah menghalangnya untuk terima tawaran berlakon, biarpun tawaran yang diberikan untuk pelakon itu banyak.

Dalam pada itu, wanita itu turut menyuruh suaminya melakukan pekerjaan menghantar barang sahaja.

 

 

image is not available

Nasihat isteri Aman

Pelakon filem tersebut tidak menafikan bahawa Aman Graseka merupakan pelakon hebat dan seseorang yang profesional.

Ellie Suriaty turut sempat meninggalkan nasihat buat isteri Aman agar membenarkan pelakon itu kembali dalam industri seni untuk mencari rezeki.

image is not available

image is not available 6 hours ago

"Dia Minta Saya Abaikan Laporan Keluarga Baik-Baik Saja" - Sharifah Shahirah Dah Penat Beri Bantuan Pada Aman Graseka