Elly Mazlein mohon doa rakyat Malaysia, kesihatan adik Alisa semakin merosot

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 10:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlein mohon doa rakyat Malaysia buat kesihatan adik Alisa Umairah yang tular baru-baru ini kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Elly Mazlein yang mesra disapa Kak Lina PomPon memaklumkan kesihatan adik Alisa semakin lemah.

“Alisa anak yang kuat.
“Malaysia doakan Alisa ya sayang. Mama datang tengok Alisa. Kuat ya anak,”tulisnya.

image is not available

Elly Mazlein mohon doa rakyat Malaysiaimage is not available

Dalam pada itu, menjengah ke media sosial Era.je, rata-rata warganet mendoakan agar adik Alisa diberikan kesembuhan.

image is not available

image is not available

Alisa sebelum ini baru sahaja selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir dan dilaporkan sudah bebas kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh cycle kimoterapi.

Terdahulu, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak.

Nur Hisham berkata Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.

Sumber: Instagram era.je, iamellymazlein