“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

26 Oct 2024 • 8:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan penyampai radio, Elly Mazlein berkongsi videonya sempat menziarahi adik Alisa Umairah sebelum kanak-kanak itu melakukan pembedahan terakhirnya di sebuah hospital kerajaan. 

Elly atau mesra disapa Kak Lina menyatakan rasa bersyukur kerana diberikan kesempatan menziarahi kanak-kanak itu sebelum memasuki bilik pembedahan. 

“Alhamdulillah syukur sempat Kak Lina jumpa Alisa sebelum masuk OT. Masa ni Alisa tengah mamai dan Alhamdulillah Alisa sihat dan ready utk operation. Sama- sama kita doakan buat Adik Alisa ya Malaysia.  Mama sayang Alisa,” katanya menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram. 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka selepas menonton video tersebut serta mendoakan agar pembedahan Adik Alisa berjalan dengan lancar. 

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

image is not available

Terdahulu, Kak Lina pernah menyatakan hasratnya untuk menemani Adik Alisa yang bakal melakukan pembedahan mata kerana kanak-kanak itu  menghidap kanser mata tahap empat. 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 230,000 ribu dan 14,249 ribu butang suka. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved