Elly Mazlein Sebak Selepas Ustazah Asma Harun Lakukan Ini Terhadapnya

EntertainmentLifestyle
17 Feb 2025 • 2:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Elly Mazlein Ustazah Asma Harun

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, menerima hadiah istimewa daripada Ustazah Asma Harun.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah cara lembut dan penuh kasih sayang Ustazah Asma dalam memberikan nasihat kepada Elly, sehingga membuatkan pengacara itu sebak dan menitiskan air mata.

@nurulsafrida94

Think positif masyallah.. kelembutan itu yang membuat kita tersentuh..

♬ original sound – Nurul Safrida – Nurul Safrida

Dalam video tersebut, Ustazah Asma dilihat membantu membetulkan tudung Elly sambil memberikan kata-kata nasihat yang menyentuh hati.

Artis bila dia berhijrah, dia boleh berhijrah dari gelap ke putih dan boleh jadi inspirasi buat ramai orang.

Aurat adalah salah satu kewajiban, tapi ada orang yang tutup aurat tapi kewajiban lain tak buat. Jadi kita jangan berat sebelah.

Kita kena adil. Dia baik, semua orang baik. Semua orang nak berubah ke arah kebaikan.

Saat itu, Elly kelihatan terharu dan menangis, lebih-lebih lagi apabila Ustazah Asma menghadiahkan tudung tersebut kepadanya.

Ini tudung untuk Kak Lina tau.

Doa istimewa untuk Elly Mazlein

image is not available

Selain itu, Ustazah Asma juga sempat mendoakan agar anak-anak Elly menjadi anak yang soleh dan solehah.

Saya doakan ada anak Kak Lina yang hafaz Al-Quran, penyejuk hati Kak Lina.

Saya tahu Kak Lina mesti seorang isteri yang sentiasa membahagiakan suami.

Netizen tersentuh dengan cara dakwah Ustazah Asma

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen memuji pendekatan lembut Ustazah Asma dalam menyampaikan dakwah.

Mereka juga mendoakan agar Elly Mazlein terus diberikan hidayah dan istiqamah dalam mencari kebaikan.

#ApaKataOhmedia

Hidayah itu milik Allah, dan setiap orang ada perjalanan masing-masing. Jangan sesekali menghina atau memperlekehkan seseorang yang sedang berubah. Sokong dan doakan yang terbaik!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


The post

appeared first on

.