“Elok Je Takde Control Cantik, Tak Fake” – ‘Upload’ Video Makan Burger Tanpa ‘Filter’, Netizen Puji Wajah Liyana Jasmay

30 Jan 2024 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat di laman TikTok baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay ada memuat naik video memaparkan dirinya sedang menikmati burger di sebuah hotel mewah.

Selera makan burger lepas lebih 16 jam tak tidur

Melalui video yang dimuat naik, Liyana kelihatan berselera makan juadah burger tersebut di tepi koleh sebuah hotel mewah.

Pelakon terbabit turut memaklumkan bahawa dia juga sudah lebih 16 jam tidak tidur kerana terlibat dalam sesi penggambaran.

Video terbabit meraih perhatian pengguna di TikTok susulan Liyana sama sekali tidak takut untuk memuat naik video tanpa memakai filter dan memaparkan wajah ‘natural beauty’.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji keyakinan pelakon terbabit dan dianggap tidak ‘fake’ kerana menunjuk wajahnya yang sebenar.

image is not available

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 30,000 tanda suka dan sebanyak 1.6 juta tontonan daripada pengguna TikTok.

image is not available 6 months ago

"Bengkak Telinga Mat, Dia Baca Dialog Ke Tu?" - Netizen 'Perit' Tengok Persembahan Hambar Liyana Jasmay Dekat 'Mall'