Elon Musk Berminat Tambah Pelaburan Di Malaysia, Bakal Jumpa PM Minggu Depan

Business & Finance
7 Jul 2023 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan satu pertemuan bersama Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pada minggu depan.

Kata beliau, perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan berkenaan dengan penambahan pelaburan oleh hartawan tersebut, lapor Utusan.

“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.”

image is not available

Jelasnya lagi, meningkatkan pelaburan domestik dan pelaburan asing adalah antara cara untuk menguruskan pendekatan ekonomi negara. Beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa negara yang beliau telah bersua untuk membuat rundingan itu.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah.”

image is not available

Katanya, ia begitu penting kerana kadar pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang dan sektor seperti hotel, restoran dan sektor lain juga akan terjejas jika tiada pelaburan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.