Elon Musk Dilaporkan Ingin Membangunkan Alternatif Kepada ChatGPT

TechnologyDigital
28 Feb 2023 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk pada awalnya merupakan antara pelabur dan pasukan awal OpenAI, namun meninggalkan firma tersebut tidak lama selepas itu. Kini, dengan populariti ChatGPT, Elon Musk dilihat ingin menyertai semula perlumbaan dalam arena kecerdasan buatan ini.

Mengikut laporan baharu, Elon Musk dikatakan telah mula mencari sejumlah pengkaji dalam arena kecerdasan buatan, dengan sasaran ingin membangunkan sebuah makmal kajian memfokuskan kecerdasan buatan, dan alternatif untuk ChatGPT.

Ia dikatakan, antara individu yang menjadi sasaran Elon Musk untuk menyertai pasukan beliau adalah bekas pekerja Google DeppMind sebelum ini.

Buat masa ini, sasaran Elon Musk boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved