Elon Musk Enggan Meletakkan Jawatan CEO Twitter Selagi Pengganti Tidak Dijumpai

TechnologyDigital
21 Dec 2022 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam undian yang dilakukan menerusi akaun Twitter beliau minggu ini, lebih 57% bersetuju supaya Elon Musk meletakkan jawatan sebagai CEO. Selepas beberapa hari usainya undian dilakukan, Musk masih enggan meletakkan jawatan. Hari ini Musk berkata beliau hanya akan meletakkan jawatan selepas menjumpai insan yang boleh menggantikan beliau.

Di bawah ciapan yang sama, Tom Anderson yang merupakan pengasas MySpace menunjukkan minat untuk duduk di atas kerusi panas dunia media sosial sekarang. Musk turut berkata selepas meletakkan jawatan kelak beliau akan terus mengetuai pasukan perisian dan pelayar Twitter.

Sejak mengambil alih Twitter, Musk melakukan banyak perubahan yang tidak popular di kalangan pengguna dan menyebabkan banyak syarikat menarik pengiklanan mereka.

Kedengaran ura-ura beliau dinasihatkan supaya meletakkan jawatan sebagai CEO Twitter oleh pelabur Tesla yang berang nilai saham syarikat yang jatuh lebih 50% sejak permulaan 2022. Twitter dilihat menyebabkan Musk hilang tumpuan kepada Tesla dan SpaceX, dua syarikat yang lebih bernilai berbanding Twitter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved