Lebih 57% pengguna di Twitter setuju Elon Musk letak jawatan CEO

Technology
20 Dec 2022 • 5:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SAN FRANCISCO: Hasil tinjauan menerusi Twitter mendapati lebih ramai pengguna media sosial itu bersetuju agar Elon Musk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media sosial itu.

Musk melancarkan tinjauan pendapat selama 12 jam di laman akaun Twitter miliknya pada 11.20 malam Ahad (waktu tempatan) berhubung peletakkan jawatannya sebagai Ketua Twitter.

Sebanyak 57.5 peratus daripada 17.5 juta undian menyokong peletakkan jawatannya, manakala 42.5 peratus mengundi agar beliau terus kekal sebagai CEO, lapor Xinhua.

Beliau sebelum ini berjanji akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat itu.

Ahad kemudian, menerusi ciapannya yang terkini, beliau berkata, “Tiada siapa mahu bekerja untuk memastikan Twitter terus relevan. Tidak ada pengganti.”

Musk bersikap pesimis tentang prospek CEO baharu, sambil berkata bahawa orang seperti itu “sukakan kesakitan” untuk menjalankan bisnes syarikat yang “kini semakin menuju ke arah muflis.”-Bernama