Elon Musk sedia menawarkan aplikasi Grok melalui syarikat xAI. Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan sejumlah perkara, termasuk menjana imej melaluinya. Ia juga hadir diintegrasikan bersama di X dan Telegram, selain ditawarkan secara berasingan melalui aplikasinya tersendiri.
Tidak setakat itu, kini Elon Musk turut sedang melihat untuk memperkenalkan aplikasi kecerdasan buatan yang mesra kanak-kanak, dinamakan Baby Grok. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.
We’re going to make Baby Grok @xAI, an app dedicated to kid-friendly content
Sejumlah pengguna masih skeptikal dengan idea Elon Musk ini, memandangkan aplikasi Grok sendiri sedia mengalami sejumlah masalah kebelakangan ini – dan ramai risau apakah variasi kandungan yang akan ditawarkan kepada kanak-kanak ini akan lebih selamat, dan siapakah yang akan bertanggungjawab untuk menapisnya.


